Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 3 April 2013

KEHEBATAN DOA IBUBAPA KEPADA ANAK-ANAK
Sejauh mana ibubapa mengamalkan membaca doa kepada anak dan seramai mana ibubapa diluar sana yang mempraktikkan amalan membaca doa ini dalam kehidupan harian mereka.Ramai yang tidak mengetahui atau menyedari bahawa doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia dan amat mustajab.Sedangkan dalam Al-Quran mempunyai banyak doa yang boleh diamalkan untuk kesejahteraan dan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat.Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah menegaskan  3 golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang yang dizalimi, orang musaffir dan doa ibubapa kepada anaknya.

1.DOA UNTUK ANAK RAJIN BELAJAR, LEMBUT HATI , TIDAK NAKAL DAN MENDENGAR KATA.

Waktu anak sedang tidur amalkan baca :-
a)surah fatihah-1x
b)Ayatul kursi-1x

c)Surah al-insyirah

d)Surah Toha (1-5)

(kemudian hembuskan pada ubun anak2 niatkan agar ank2 jd anak soleh,cemerlang,lembut hati,rajin belajar,rajin solat,tidak nakal,dengar kata ibu bapa dan apa2 jua yg kita hajatkan)

2.Bagi ank2 yg sukar dibentuk dan tidak mendengar kata..sila amalkan ayat dibawah:-
a)Baca fatihah
b)Baca Ya-Latiff 7 kali
c)Baca Surah al insyirah
d)Baca ayat 19 surah al-syura

 3.Bg ank yg bermasalah amalkan baca surah Al-ahqaf ayat 15 (Bayangkan wajah ank sewaktu membacanyer)

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Surah Al Imran ayat 8
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
doa ibubapa kepada anak
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
doa dapat zuriat baik
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
doa minta keturunan yang baik
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79
Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
sura al hashr ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22
surah al hashr ayat 23
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24

7 ulasan:

  1. Kebaikan Makanan Sunnah Ketika Mengandung dan Bersalin

    ~ assalamualaikum... sebagai manusia kita kena berusaha dan bertawakal...

    Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan BersalinAdalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. bukan hanya kurma,banyak lagi makanan sunnah kegemaran nabi yg kita boleh amalkan.. Sharing is caring

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian di atas.

    BalasPadam
  3. Mohon izin share....semoga dalam rahmat dan keberkatan Allah.aaamiin.

    BalasPadam
  4. Terima Kasih atas perkongsian yang sangat mendalam dan bermakna ini...semoga dipermudahkan aminnn....

    BalasPadam
  5. Terima Kasih atas perkongsian yang sangat mendalam dan bermakna ini...semoga dipermudahkan aminnn....

    BalasPadam