KEHEBATAN DOA IBUBAPA KEPADA ANAK-ANAK
Sejauh mana ibubapa mengamalkan membaca doa kepada anak dan seramai mana ibubapa diluar sana yang mempraktikkan amalan membaca doa ini dalam kehidupan harian mereka.Ramai yang tidak mengetahui atau menyedari bahawa doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia dan amat mustajab.Sedangkan dalam Al-Quran mempunyai banyak doa yang boleh diamalkan untuk kesejahteraan dan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat.Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah menegaskan 3 golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang yang dizalimi, orang musaffir dan doa ibubapa kepada anaknya.
1.DOA UNTUK ANAK RAJIN BELAJAR, LEMBUT HATI , TIDAK NAKAL DAN MENDENGAR KATA.
Waktu anak sedang
tidur amalkan baca :-
a)surah fatihah-1x
d)Surah Toha (1-5)
(kemudian hembuskan
pada ubun anak2 niatkan agar ank2 jd anak soleh,cemerlang,lembut hati,rajin
belajar,rajin solat,tidak nakal,dengar kata ibu bapa dan apa2 jua yg kita
hajatkan)
2.Bagi ank2 yg sukar
dibentuk dan tidak mendengar kata..sila amalkan ayat dibawah:-
a)Baca fatihah
b)Baca Ya-Latiff 7 kali
c)Baca Surah al
insyirah
d)Baca ayat 19 surah
al-syura
3.Bg ank yg bermasalah
amalkan baca surah Al-ahqaf ayat 15 (Bayangkan wajah ank sewaktu
membacanyer)
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79
Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24






