UNTUK DI KONGSI BERSAMA:
HARAP DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA TEMAN PEMBACA
BENTENG
PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan
harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i.
Al-Muawwizat ( iaitu Surah Al-ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah an-Naas)
ii.
Ayatul
Kursi
iii.
Ayat 1
hingga 9 Surah Yaasin
iv.
Ayat
Berkubu
v.
Ayat
Penggerak
CARA
1: Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
: Mengangkat dua tangan seperti berdoa
: Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai
(tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
: Tarik nafas kemudian
tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
: Tarik sikit nafas
kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang
boleh dicapai kecuali anggota sulit.
: Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat
subuh setiap hari
2 : Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
: Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut
pergerakan tawaf dengan niat untuk melindungi diri.
: Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil
berjalan mengelilingi rumah
mengikut pergerakan tawaf.
(Berjalan sama ada di dalam atau di luar rumah)
3 : Untuk memagar diri,
keluarga dan harta benda: Berdiri disatu penjuru
rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah
satu lagi iaitu dikiri rumah.
: Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat
1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah
Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu
penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini
sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan